Ditahan kerana mogok lapar Anna Hazare

Pada 16 Ogos 2011, beliau ditahan oleh polis India kerana hendak melancarkan mogok lapar agar kerajaan India membasmi rasuah yang berleluasa di negara itu.Polis turut melarang orang ramai berkumpul di Delhi , lokasi mogok lapar itu akan dilancarkan. Perusuh kini berjumlah 5000 orang. Hazaze ditahan di Penjara Tihar untuk selama 7 hari. Hazare berikrar akan mogok lapar sehingga Rang Undang-Undang Jan Lokpal diluluskan oleh parlimen India.Perdana Menteri India, Manmohan Singh menolak usaha menguatkuasakan undang-undang anti rasuah itu.

Turut ditahan di beberapa lokasi lain ialah Arvind Kejriwal, Shanti Bhushan, Kiran Bedi dan Manish Sisodia. Seramai 1300 penyokongnya telah di tahan di Delhi. Mereka turut menyatakan sokongan menerusi Twitter dan Facebook. Namun Anna Hazare menolak sokongan daripada pemimpin rohani Sri Sri Ravi Shankar , Swami Ramdev , Swami Agnivesh dan bekas pemain kriket Kapil Dev India.

Protes merebak ke Bangalore , Mumbai , Chennai , Ahmedabad , Guwahati , Shillong , Aizawl dan lain-lain bandar besar di India. India pernah mengisytiharkan darurat pada 1975 .